*..22 OGOS 1992 - 22 OGOS 2011 = 19 tahun..*


Lahir nya seorang bayi perempuan comel yang sihat dan cukup sifat..Kegembiraan menyambut kelahiran nya mungkin hanya seketika apabila insan yang melahirkan nya pergi mengadap ilahi..

Bukan salah aku,ianya sudah di takdirkan begitu..Perlukah aku yang masih merah kulit nya waktu itu di persalahkan..Dosa apa kah aku sehingga di gelar P E M B U N U H oleh kaum keluarga sendiri..

Bermula saat itu aku tidak diperlukan lagi..2 kali nyawa aku hampir melayang hampir di tanam hidup hidup oleh insan yang sudah hilang kewarasan nya..Di jaga nenek sendiri aku pula jatuh telaga..Hilang di pasar Changkat Jering..Aku patut bersyukur di beri kesempatan untuk hidup di atas muka bumi ciptaan Allah sendiri yang penuh kekejaman dengan sifat manusia..

1 tahun 8 bulan*mungkin..Aku di jaga oleh insan yang bergelar M A M A dan A B A H..Aku di beri kasih sayang secukup nya di beri kemewahan mengalah kan puteri raja..Aku di jaga di manja dan di beri perhatian secukup nya..Dalam erti kata lain serba serbi nya lengkap tidak ada yang kurang..Terima Kasih..

Abah cakap muka aku persis arwah mak..Apa yang aku perlu buat hanya berdiri depan cermin dan memandang tepat pada wajah itu..Hanya itu yang mampu aku lakukan,jauh sekali untuk meminta sekeping gambar untuk kenang kenangan..

Balik kampung sebelah abah,aku rasa seperti orang asing..Tidak bebas untuk melakukan itu ini dan sebagai nya..Paling tidak tragedi 19 tahun pasti akan di ungkit..”..Sudah besar anak arwah..” “..muka saling tak tumpah macam arwah..” aku hanya mampu senyum kelat,dalam hati hanya Allah yang tahu..

Balik kampung mama,aku rasa kotak fikiran aku kosong,rasa tenang setenang nya tapi senyuman aku tidak selebar..Aku bebas ke hulur ke hilir tapi ada 1 perkara yang aku perlu sedar adalah K E D U D U K A N aku dalam keluarga tersebut..Aku jarang sekali berteman masing masing buat hal sendiri..Arghh…!!! P E R S E T A N kan semua tuhh,yang penting aku tenang tak perlu nak pikir itu dan ini dan macam macam lagi..

Orang lain sambut HARI LAHIR mungkin dengan gelak tawa,atau mungkin dengan tangisan gembira di sambut meriah dengan ahli keluarga,kawan kawan dan orang tersayang,Bila tiba 22 OGOS aku tak tahu apa perlu aku rasa..Kadang kadang aku rasa gembira bila di sambut tapi mungkin rasa itu hanya sementara berbanding dengan rasa sedih yang tak berkesudahan..

Dunia aku hanya sebuah bilik yang sunyi,gelap,sepi,hanya di temani sebahagian sinaran matahari yang berjaya tembusi tingkap bilik aku pada waktu siang hari..Aku hidup seorang,aku bukan seorang budak perempuan yang di kelilingi ramai teman taulan mahu pun sentiasa di dampingi keluarga..Aku sering terperuk di dalam bilik..Itulah tiga perkataan yang sudah menjadi kelaziman bagi aku..Aku tidak biasa duduk dalam suasana yang bising,mahu pun ceria..Malahan aku lebih selesa bersendirian..Ini kerana aku sudah terbiasa dengan keadaan  di rumah..

Aku menulis dengan hati dan akal,kebanyakkan apa yang aku tulis lahir dari hati..Aku mungkin jarang mengguna kan akal,aku bukan seorang yang gemar berpuitis..Aku tidak punya kehidupan,tidak punya identiti,tidak punya apa apa..Namun aku bersyukur di kurniakan sekeping hati yang bukan lah berani tetapi bijak berkata kata..

Aku berkata kata dengan hati,kebanyakkan perkataan aku memang keluar dari hati..Maaf kan aku andai perkataan aku menyakit kan hati..Mungkin kadang kala aku berpura pura bahawa aku seorang yang kuat,hakikatnya aku hanya ada hati,hati aku yang menjadi otak dalam segala hal..

Wahai hati,tabahkan lah diri engkau,sesungguh nya engkau lah tempat aku bergantung..Aku tidak punya apa apa..

Aku sudahi penulisan dengan linangan air mata,dengan ucapan salam dan akan sentiasa aku doakan kebahagian mereka..

*Hanya satu doa aku..TerimaKasih Allah kerana di beri peluang untuk aku hidup di muka bumi ini,belajar menngenali betapa kejam nya dunia ciptaan kau..YaAllah,kau tempat lah arwah bersama orang orang yang soleh dan solehah..Sesungguhnya kau lah maha pengampu..Amin…!!!