*..Terima Kasih Untuk 2 Tahun 7 Bulan..*


Sayang..daddy..Baby..B..dia.. Kau dengar sini

TerimaKasih untuk itu ini dan segalanya..

Dalam sejuta orang macam kau hanya ada satu. Iaitu milik aku. TerimaKasih Tuhan.

Tapi tidak lagi sekarang.

Aku yang mintak kau pergi. Pergi dari hati aku. Walaupun terpaksa.

2 tahun 7 bulan. Hari yang akan aku kenang. Sampai mati.

Perempuan yang gila kan kau ramai. Jadi pergilah.

Perempuan yang taksub dengan kau jua ramai. Maka pergilah.

Perempuan yang jerit jerit panggil nama kau sangat ramai. Hingga kau terlupa siapa di hati kau ketika itu.

2 tahun 7 bulan. Bagai mimpi. Rasa sebentar.

TerimaKasih kerana pernah letak kan aku dalam hati kau.

TerimaKasih kerana kau pernah menganggap aku buah hati kau. Mungkin

TerimaKasih untuk semua nya.

Rantai silver. Tidak akan aku pakai lagi. Tidak akan ada di leher aku lagi. Biar kan karat sendiri.

Tidur aku selalu di temani kenangan kita. Tapi tidak lagi untuk hari ini.

Aku telah bungkus kan semua nya dalam kotak. Tersimpan rapi bawah katil. Biar berhabuk berkulat macam cinta kita.

Cukup selama 2 tahun 7 bulan aku simpan kau dalam hati aku. Dalam kotak fikiran aku. Diary hidup aku.

kau dusta. Kau kejam. Sumpah. Kau mamah kepercayaan aku.

Menangis perihal begini sungguh tak sesuai. Aku bukan perempuan yang lemah. Aku cuma sudah penat berlakon menjadi kuat.

hari ini genap 2 tahun 7 bulan aku lepas kan kau pergi.

*Aku akan ingat sampai mati lagi berapa jam tepat pukul 12pm Hari Lahir aku, kau excident.

*Surprise yang kau bagi akan aku ingat sampai mati. Belon penuh depan rumah aku dengan sekotak hadiah.

*Kau selalu kejut kan aku bangun sahur. Tapi sekarang tidak lagi. TerimaKasih