menangis ku kau tidak pernah biarkan ku sendiri..
ketawa ku kau begitu setia berada di sisi..
adakah ini yang di namakan kekasih sejati..
sentiasa bersama-sama ku..
mengharungi apa jua yang mendatang..
kau sanggup berlapar dan dahaga..
demi membuat aku bahagia..
kau sanggup bersusah payah demi..
untuk memastikan aku gembira..
adakah ini yang di namakan kakasih sejati..
berkorban apa sahaja harta atau pun nyawa..
ada yang mengatakan dunia ini..
penuh kepalsuan terutama cinta..
tiada lagi istilah kekasih sejati..
tiada lagi istilah cinta yang suci..
namun aku menemui mu dan..
memang benar kau adalah kekasih sejati ku..
biar satu dunia menafikannya..
biar satu dunia mentertawakan..
namun hati ku kuat mengatakan..
aku adalah benar dan pilihan ku adalah tepat..
dunia usah sesekali meragui cinta sejati ini..
biar gelora melanda..
biar badai memukul pantai..
aku akan tetap percaya cinta sejati itu pasti..
dan aku juga dia memang di takdirkan untuk bersama hingga ke akhirnya..